Wednesday, 20 February 2013

 السلام عليكم

Aku sedang dalam mood kesedihan yang amat sangat. Aku baru dapat result midterm. Aku FAILED Ekonomi Pertengahan. FAILED! Jujur,sambil taip entry ni,aku menangis. Aku rasa kecewa yang teramat. Terus-terang,aku banyak pulun study subjek Eko Tengah ni dari subjek-subjek yang lain. Tengok-tengok failed. Allah,hancur luluh hati aku. Paling sedih,aku failed sebab careless mistakes. Banyak gila careless mistakes yang aku buat. Allahuakhbar,macam mana aku boleh tak perasan semua tu masa aku jawab haritu? Sumpah aku betul-betul kecewa dengan result aku.

Aku malu. Malu sebab lecturer aku bacakan markah siapa lulus,siapa failed. Jatuh air muka aku. Bukan aku tak dapat terima kegagalan tapi aku malu dengan kawan-kawan aku,yang selama ni mintak aku ajarkan yang mana diorang tak faham,diorang passed,tapi aku failed. Aku malu dengan lecturer aku sebab aku memang kerap jumpa dia,tanya dia apa yang aku tak faham. Alih-alih,aku failed. Ya Allah malu,kecewa,sedih aku Allah S.W.T je yang tahu. Aku malu dengan Ma Abah,yang mengharapkan kejayaan dari aku,tapi apa aku bagi,sebuah kegagalan. Allahuakhbar! Ma,Abah,ampunkan kakak.

Bila jadi macam ni,aku jadi terfikir. Mana salah aku? Nak kata tak study,aku study dah. Nak kata aku tak jumpa lecturer tanya apa yang patut,aku tanya dah. Nak kata aku tak berdoa minta pada Allah S.W.T,aku doa dah. Mana salah aku,mana? Akhirnya aku terdiam sendiri. Aku renung balik diri aku. Aku failed bukan sebab aku bodoh,tapi mungkin sebab rezeki tak berpihak pada aku. Allah S.W.T mungkin nak sedarkan aku yang usaha aku belum cukup lagi. Tu sebab aku failed. Lama aku berfikir. Ujian-Nya ada di mana-mana. Allah S.W.T takkan membebani umat-Nya melebihi kemampuan seseorang umat-Nya,kan?

Aku kena husnuzon dengan Allah S.W.T. Perancangan Dia untuk aku tak pernah salah. Aku redha,cuma mungkin ambil sedikit masa untuk aku tenang. Aku letakkan kepercayaan aku untuk Dia. Ya Allah,hamba-Mu ini memohon ampun,atas segala keterlanjuran pemikiran dan perbuatan. Aku tak patut mempertikaikan takdir-Mu ya Allah. Ampuni aku ya Allah. Sesungguhnya aku hanyalah seorang insan yang tidak sempurna dan penuh dosa.

Saat aku sedang meratap hiba,kebetulan pulak ada dua blogger yang post entry tentang ujian-Nya,tentang keinsafan. Aku kira ini salah satu petunjuk yang Allah S.W.T turunkan pada aku,melalui hamba-Nya yang lain. Aku tersedar,dan tersenyum bila aku baca kedua-dua blog post tu. Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengasih ya Allah. Terima kasih kerana sentiasa bersamaku,waktu aku bersama-Mu juga waktu aku melupakan-Mu. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Agung Allah S.W.T.

* Dua entry yang membangkitkan semangat aku ; 


ii) http://www.matluthfi90.com/2013/02/setahun-sudah.html

No comments:

Post a Comment