Wednesday, 8 May 2013

 السلام عليكم

Ahha harini dah taknak sentuh isu politik. Bukan apa. Aku dah muak dengan semua ni. Dan aku rasa korang pon sama,kot? Hihi. So harini aku nak mula share balik pasal produk-produk yang aku dah guna and nak review. Dah lama tak share pengetahuan dengan korang kan. So let's go. Taraaa!



Cocoa Butter Skin Care Lotion. Sejujurnya..ku tak bisa.. Haha okayy ternyanyi pulak. Okay sebenarnya sebelum ni aku pakai lotion Johnson & Johnson. Tapi aku ada terbaca produk tu antara produk keluaran Israel. Dalam usaha aku memboikot produk-produk Israel,so aku rasa better aku tukar lah lotion aku. Memang,mustahil nak boikot semua produk diorang tapi Alhamdulillah setakat ni aku dah tak makan McD,minum Coke & pakai produk Johnson & Johnson lagi dah! Hee. So haritu aku pergi Guardian & cari lah lotion yang sesuai dengan aku. And aku terpandang lotion ni. Paling buat aku nak beli sangat,sebab dia letak dalam twin pack,for 2 lotion ni just RM6.90! Oh maii! Gila tak beli. Kena lah beli! Aku belajar Ekonomi. Kita kena meminimumkan kos & memaksimumkan untung. Haha.

Mula-mula aku bau,hmm wanginya. Ada bau cokelat. Tinggal tahan nafsu nak telan je. Haha. Bila apply kat tangan rasa woww! gila. Sebab lotion ni untuk lembabkan kulit kita. So sesiapa yang selalu dok dalam air-cond macam aku tu memang aku suggest sangat guna lotion ni. Dalam dia ada Vitamin E & Aloe Vera. Tahu je lah kan,Vitamin E & Aloe Vera memang elok pon untuk kulit. Awal-awal time apply kat kulit,macam lotion biasa jugak,rasa melekit-lekit sikit. Tapi dia cepat meresap tau! Dalam 2 ke 3 minit macam tu kulit kita dah mula rasa kering,tak melekit dah. Rasa kering tapi bila kita usap kulit kita,woww lembutnyaaa. Haa gituu. Tahan lama jugak. Kalau korang buat aktiviti yang berpeluh pon,dia takkan meleleh macam sesetengah lotion lain. Memang reccomended lah lotion ni. Cepat serbu Guardian! Haha.

Aku kalau pakai lotion selalunya masa nak tidur,lepas mandi & masa nak keluar rumah. Tapi bukan hari-hari sebab aku ni pemalas. Hihi. Tapi korang pakai lah selalu. Time nak masuk hall ke,masuk office ke,bawak lotion ni sekali. Agak-agak kulit kering,boleh apply terus kat skin. Till then.

Monday, 29 April 2013

السلام عليكم

Lamanya tak buka blog ni. Busy sesangat cerita dia. Baru seminggu habis final exam. And sekarang saya cuti sem 3 minggu. Yeayy! Alhamdulillah,everything went well. Pheww. Semalam aku on the phone dengan special boyfriend aku. Tett! Over sangat tau nak cerita kat sini. No,aku bukan nak cakap aku ada boyfriend tapi aku nak cakap apa yang kami sembangkan semalam. Musim-musim PRU ni harus lah semua golongan cakap pasal politik kan. Syukur aku dengan dia di line yang sama so bila sembang topik sensitif ni no arguement ke carut-marut ke. Ikut umur kami berdua dah boleh mengundi dah tapi macam aku nak register haritu,orang tu kata dah tak sempat. Dia pulak birthday tak sampai lagi. So boleh tengok je lah kan.

Kadang-kadang nak tergelak. Kami yang dah boleh mengundi ni pon takde obvious sangat tunjuk kami ni sokong parti sekian-sekian. Bebudak sekolah yang seluar dalam pon emak ayah belikan lagi pulak over share or post everything pasal politik. As for me,benda-benda tu annoying sangat. Rimas. Semak. Memang lah diorang post,diorang tweet guna Facebook and Twitter diorang tapi yang nak bacanya ni aku ni. Menatang-menatang tu naik kat news feed aku,naik kat timeline aku. Haishh. Tapi biasalah bebudak kan. Kau cakap lah 150 juta kali pon aku peduli apa. Hak mengepost hak kami!

Okayy suka kau lah dik. Nasib kau bukan adik akak je. Kalau adik akak buat perangai macam tu akak malu nak mengaku kau adik akak dik. Tett! Nak cerita lagi. Semalam aku on the way nak ke Kedah. Masa berhenti dekat traffic light tu,sebelah kiri aku ada bilik gerakan sebuah parti ni. Lepas tu sebelah kanan aku ada konvoi berkereta & bermotosikal sebuah parti lain. Yang aku tak berkenannya,geng konvoi tu bila lalu depan bilik gerakan yang kat sebelah kiri tadi tu,diorang perlahankan kenderaan & cuba provok orang-orang yang ada dekat bilik gerakan tu. I was like,kepala hotak apa dok provok-provok,orang tu tak kacau kau kot. Ni lah antara punca-punca berlakunya pergaduhan. Tapi tapi tapi! Aku bersyukur sangat,masa provokasi tu berlaku,orang-orang yang ada kat bilik gerakan tu tak menjawab ke,membalas ke apa. Kalau tak,tak mustahil berbunuh kot diorang kat situ.

Aku bukan lah anti sangat,sampai tak boleh dengar perkataan POLITIK. Aku boleh je. Cuma aku tak berkenan sesetengah parti yang guna cara kotor untuk menang. Fitnah,video seks,baling bom kat bilik gerakan,mencarut kat lawan,bukak aib,apa benda ni? Nak menang biar cara bersih. Kalau betul kau bagus,tak payah nak guna cara kotor,rakyat dah confirm-confirm vote for you. Tak payah menjanjikan bulan & bintang,cukuplah berjanji akan terus pelihara nasib rakyat & keamanan Malaysia. Yang penyokong ni pulak,jangan nak over sangat taksub dengan parti sampai buat kerja jenayah. Nanti kau dah kena tangkap ke,kau arwah ke,takdenya pemimpin parti kau nak jamin kau,takdenya dia nak masuk kubur sekali kau. Semua yang kau buat even untuk parti sekali pon,semuanya on your own risk.

Aku pon takut jugak nak mengundi nanti. Takut tersalah pilih. Nanti kat sana jenuh nak menjawab weyy. Aku & adik aku ada terbaca pasal ni ;

"ingin aku mengundi kerajaan sedia ada kerana berjiwa rakyat dan sering membantu rakyat, tetapi aku tak mahu disoal di sana kelak mengapa kau menyokong kerajaan yang bersekutu dengan maksiat, tidak mengamalkan Islam dan mengamalkan riba? ingin pula aku mengundi pakatan pembangkang kerana niat mereka mahu menegakkan agama dan membantu rakyat, tetapi aku tak mahu di soal di sana kelak mengapa aku menyokong kerajaan yang munafik, bersekongkol dengan yang kafir dan sanggup menggadaikan maruah agama, kedaulatan negara dan merosakkan bangsa? aku serta merta berfikir mengenai demokrasi...adakah demokrasi ini adil pada jasadnya sahaja? tetapi hakikatnya demokrasi memecahbelahkan ummah dan merosakkan akal dan fikiran? aku keliru..."

Hmphh entah lah weyy. Nak lagi detail boleh pergi visit blog adik aku, http://ceritasaya5d.blogspot.com/2013/04/kenapa-saya-tak-minat-dan-tak-suka.html

Wednesday, 3 April 2013

السلام عليكم

Aku kalau boleh nak elakkan dari cakap hal peribadi kat blog ni. Tapi previous entry aku,aku ada update pasal krisis yang ada kena mengena dengan personal life aku. Actually aku pon taktaw apa kena aku update kat blog ni tapi aku malas nak delete. So aku mintak korang abaikan je lah ehh pasal tu. Okayy,pagi tadi #DatukSeriNajib (mengada buat hastag!haha) dah bubarkan parlimen. Alhamdulillah,disambut baik oleh semua. Actually aku pon taktaw sebenarnya awat ada golongan yang kalut dok suruh bubar,bubar. Tak habis-habis serupa takde isu lain. Tapi aku malas lah nak ambik port sangat. Aku tak minat politik sangat. Cuma aku nak tergelak satu statement yang aku baca tadi,lebih kurang macam ni lah bunyi dia ;

" Sebenarnya Najib bukan nak bubar parlimen harini. Tapi atas desakan banyak pihak, maka Najib mengumumkan pembubaran tersebut ".

I was like,whattaaaaaa?! Bubar salah tak bubar salah. Kadang-kadang aku macam pelik jugak,yang banyak cakap tu macam lagi tahu je tugas Perdana Menteri. Cakap pompang pompang. Persoalannya,kenapa dia yang tak jadi Perdana Menteri? Taraa!! Lu pikirlah sendiri. Hihi. Lepas tu kat Facebook,Twitter,perghh jangan tanya lah meriah tak meriah. Kempen kemaen kau. Tapi yang dok berkempennya,budak under age,yang belum layak mengundi lagi. Yang Form 2 pon kemaen!! Aku macam nak kaki-kakikan pon ada. Kau pergi belajar dulu boleh tak dik? Tak pasal je aku block kau sebab penuh news feed aku dengan kempen kau,

Aku ni,bukannya anti dengan orang yang minat politik ni. I'm okayy with it. Aku pon ada je cakap pasal politik. Cuma for me,tak perlulah nak pompang pompang nak berkempen SELAGI KAU TAK LAYAK. Bila dah layak,okayy,kempen sampai muntah,takde siapa nak kisah. Nak jadi calon pon no hal. Ni tak. Kau tu baru setahun jagung. Kenal dunia pon tak habis lagi. Tak perlu rasanya bercakap macam kau dah ada banyak pengalaman pasal politik. Malu dik orang gelakkan. Orang tua-tua kata,bodoh tu elok disimpan sikit,jangan ditayang semua. Got it? Buat apa nak kecoh-kecoh. Undi anda adalah rahsia. Kan?

Aku tak kisah siapa pon yang memerintah. Janji Malaysia serta rakyatnya aman & bahagia. Cuma aku berdoa,jangan lah PRU 13 ni,pihak yang tak sepatutnya yang menang. Aku taknak Malaysia dipegang oleh individu-individu yang hanya tahu tabur janji tapi tak reti nak tepati,individu yang nak menang hanya untuk kepentingan diri. Come on. Kerja wakil rakyat adalah memelihara hak rakyat & menyampaikan suara rakyat kepada pihak berkenaan. Bukannya dok rumah,goyang kaki,pergi melancong luar negara,elaun juta-juta,rakyat terbiar. Bukan. Tolong jangan salah guna title "ADUN" tu.

Satu je aku nak ingatkan,dalam Al-Quran pon ada cakap. Sekiranya orang yang keji yang diangkat jadi pemimpin,elok lah kita semua tinggalkan urusan dunia & kejar ganjaran Akhirat. Bukan apa,tu tanda-tanda nak kiamat. Wallahu'alam.


Wednesday, 27 March 2013

 السلام عليكم

Lamanya tak mengarut kat sini. Busy gila. Tambah-tambah tinggal lebih kurang 10 hari je lagi nak final. Test,kuiz,presentation memang bersepah lah cerita dia. Assignment lagi kan. Waa,nervousnya! Tapi Alhamdulillah,walaupun pointer drop gila-gila masa midterm,untuk Test 2 kali ni,Alhamdulillah aku banyak skor. Memang semua subjek markah naik lah compared to Test 1. Syukur syukur syukur. Padahal kalau ikot logik, Test 1 lah senang sebab semua yang masuk topik awal-awal yang biasanya senang. Mungkin masa Test 2 tu banyak memaen kan. Tu kantoi tu. Esok last test,untuk satu-satunya subjek yang aku failed masa midterm haritu,Ekonomi Pertengahan. Semoga Allah permudahkan macam Dia permudahkan aku jawab test Financial Accounting II pagi tadi. Tersenyum riang aku time jawab test tadi,bukan sebab test tu senang gila,memang laa aku boleh jawab,tapi sebab aku jawab test sambil dengar JoHaRa pagi ERA! Haha serious kalau Puan perasan aku dok gelak-gelak mesti dia kata senang sangat ke soalan dia bagi? Haha!

Aku dah kecewakan Ma Abah masa midterm. So aku dah janji dengan diri aku,yang aku kena work hard kali ni. No more memaen after this. Tak kisah tak cukup tidur pon,harus mesti wajib study hard! Haa kau sembang beria. Hmmphh tak kisah lah beria ke tak,janji dah ada niat. Bila niat kita baik,semuanya demi Allah S.W.T,In shaa Allah Dia akan permudahkan. 

Okayy lah. Seruan Dia dah memanggil. Kena pergi dulu. Rugi kalau tak jawab panggilan penting ne. Assalamualaikum.

Saturday, 9 March 2013

 السلام عليكم

Hai! Lamanya dah tak mencoret kat sini. Sibuk,ditambah dengan takde cerita menarik nak dikongsikan. Harini nak cakap pasal topik yang relax-relax sahaja. Pasal KEBERSIHAN. Okay,aku rasa semua orang tahu yang kebersihan tu sebahagian dari Iman. Bukan sabar je separuh dari Iman okay! Aku mengaku,aku bukan lah seorang yang terlalulalulalu pembersih sangat. Takde lah sampai sebutir habuk pon aku nak cuci jugak even aku sangat alergic dengan habuk & hama ni. Aku cuma pantang dengan orang yang pengotor. Nak nak lagi perempuan. Like,woiiiii! Apa benda perempuan pengotor sangat ni.

Aku bukan nak bangga diri tapi aku rasa sejak aku duduk berjauhan dari keluarga ni,aku berubah jadi pembersih tahap empat. Masa duduk kat rumah sendiri dulu pembersih tahap satu je. Pemalas sama. Ihiks. Okay,aku nak cerita lah rutin aku sebagai pembersih (haha!) kat hostel ni. Mula-mula,benda yang aku basuh tetiap minggu. Baju tu tak payah cerita lah kan. Hari-hari aku basuh. Okay,benda yang aku basuh tetiap minggu adalah tuala mandi,tuala muka,dan sarung bantal. Haa benda-benda ni penting untuk basuh tetiap minggu,sebab semuanya berkuman. Tuala,kau lap badan,lap muka,memang sah-sah penuh bakteria lah kan. Sarung bantal pulak,bila kau tidur,muka kau berminyak,rambut kau berminyak,bakteria memang penuh lah kat situ. So kau kena kerap basuh semua pakaian atau kain yang senang menjadi tempat pembiakan bakteria. Tahu?

Yang kedua,benda yang aku basuh setiap dua-minggu-sekali,ialah cadar. Cadar ni tak payah lah nk basuh tetiap minggu sangat. Bukan kotor pon. Betul-betul dok atas katil malam time nak tidur je. Siang penuh dengan kelas & aktiviti luar. Terakhir sekali,benda yang aku basuh sebulan-sekali. Telekung & sejadah. Disebabkan aku hanya ada sepasang telekung & sehelai sejadah je kat hostel,aku akan basuh telekung aku sebulan sekali time aku cuti period. Dan aku akan pastikan telekung & sejadah aku tu sebersih & sewangi yang boleh. Bukan apa,kita pakai untuk mengadap Allah S.W.T kan,kena lah pakai bersih-bersih,wangi-wangi. Semangat kita nak solat pun naik secara tak langsung. Ini tidak,nak dating dengan boyfriend tahu pulak pakai cantik-cantik,perfume setengah botol. Nak mengadap Allah S.W.T,pakai lekeh-lekeh je. Bukan aku tak pernah tengok perempuan yang pakai telekung bau masam. Ada je,bukan takde. Masya Allah,sanggup pakai busuk-busuk. Allahuakhbar.

Selain dari pakaian,ada jugak faktor-faktor lain yang kita kena ambik kira pasal kebersihan ni. Contohnya,bilik. Aku kat hostel,bersama dengan roomates aku,hari-hari kami akan sapu bilik. Bergantung. Siapa kelas paling lambat,dia lah yang kena sapu bilik. Mop lantai pulak,seminggu dua kali aku akan mop lantai bilik & seluruh unit aku. Selasa & Sabtu sebab bilik aku bertugas untuk dua hari tu. Tapi selalunya aku sorang je pun yang buat kerja. Haha! Takpe lah selagi aku mampu kan. Bila dah terbiasa kemas bilik kat sini,bila balik rumah tengok bilik bersepah or kotor pun rasa tak selesa. Kalau aku balik,aku sanggup sengkang mata kemas bilik. Kalau dulu,cukup sekali aku kemas,kalau adik-adik sepahkan balik,memang aku tak kemas dah. Alhamdulillah,Ma pun nampak suka dengan perubahan aku. Hihi.

Lagi satu faktor yang aku rasa penting gila untuk kita jaga,kebersihan badan. Ni penting gila,sebab kalau badan kita kotor,orang tak selesa kawan dengan kita. Syampu rambut,kalau jenis rambut bermasalah tu,elok syampu 3 ke 4 kali seminggu. Takut rambut berbau or berkelemumur. Kalau aku,selang-dua-hari aku akan syampu rambut sebab rambut aku tebal & ada kelemumur. Sabun badan pulak,kalau aku,aku guna yang cecair or gel. Aku tak selesa dengan sabun buku. Sama macam syampu,dua-hari-sekali aku akan scrub badan. Lepas tu bulu-bulu & semak samun yang rasa kena trim tu,elok lah trim. Bagi kemas,bersih sikit. Mulut,ada certain people mulut berbau di sebabkan oleh banyak sebab. Macam aku,memang setiap kali mandi aku akan berus gigi. Langkah yang aku ambil,aku akan makan gula-gula Hacks setiap kali nak cakap dengan orang. Orang tu selesa,aku pun selesa,kan? Tapi kalau aku puasa sunat Isnin & Khamis tu takkan nak makan pulak. Lagi pun mulut orang yang puasa tu seharum kasturi di mata Allah S.W.T. So aku redha. Kuku,aku tak gemar simpan panjang. Setiap hari Isnin & Khamis aku akan potong kuku.

So,pesan aku,jadilah seorang yang pembersih. Jangan pakai je lawa-lawa,tapi pengotor. Baju tak cuci,badan tak mandi,kuku tak potong. Keluar pandai pakai perfume pulak kan. Tu je lah pesan aku. Babai! 

Wednesday, 20 February 2013

 السلام عليكم

Aku sedang dalam mood kesedihan yang amat sangat. Aku baru dapat result midterm. Aku FAILED Ekonomi Pertengahan. FAILED! Jujur,sambil taip entry ni,aku menangis. Aku rasa kecewa yang teramat. Terus-terang,aku banyak pulun study subjek Eko Tengah ni dari subjek-subjek yang lain. Tengok-tengok failed. Allah,hancur luluh hati aku. Paling sedih,aku failed sebab careless mistakes. Banyak gila careless mistakes yang aku buat. Allahuakhbar,macam mana aku boleh tak perasan semua tu masa aku jawab haritu? Sumpah aku betul-betul kecewa dengan result aku.

Aku malu. Malu sebab lecturer aku bacakan markah siapa lulus,siapa failed. Jatuh air muka aku. Bukan aku tak dapat terima kegagalan tapi aku malu dengan kawan-kawan aku,yang selama ni mintak aku ajarkan yang mana diorang tak faham,diorang passed,tapi aku failed. Aku malu dengan lecturer aku sebab aku memang kerap jumpa dia,tanya dia apa yang aku tak faham. Alih-alih,aku failed. Ya Allah malu,kecewa,sedih aku Allah S.W.T je yang tahu. Aku malu dengan Ma Abah,yang mengharapkan kejayaan dari aku,tapi apa aku bagi,sebuah kegagalan. Allahuakhbar! Ma,Abah,ampunkan kakak.

Bila jadi macam ni,aku jadi terfikir. Mana salah aku? Nak kata tak study,aku study dah. Nak kata aku tak jumpa lecturer tanya apa yang patut,aku tanya dah. Nak kata aku tak berdoa minta pada Allah S.W.T,aku doa dah. Mana salah aku,mana? Akhirnya aku terdiam sendiri. Aku renung balik diri aku. Aku failed bukan sebab aku bodoh,tapi mungkin sebab rezeki tak berpihak pada aku. Allah S.W.T mungkin nak sedarkan aku yang usaha aku belum cukup lagi. Tu sebab aku failed. Lama aku berfikir. Ujian-Nya ada di mana-mana. Allah S.W.T takkan membebani umat-Nya melebihi kemampuan seseorang umat-Nya,kan?

Aku kena husnuzon dengan Allah S.W.T. Perancangan Dia untuk aku tak pernah salah. Aku redha,cuma mungkin ambil sedikit masa untuk aku tenang. Aku letakkan kepercayaan aku untuk Dia. Ya Allah,hamba-Mu ini memohon ampun,atas segala keterlanjuran pemikiran dan perbuatan. Aku tak patut mempertikaikan takdir-Mu ya Allah. Ampuni aku ya Allah. Sesungguhnya aku hanyalah seorang insan yang tidak sempurna dan penuh dosa.

Saat aku sedang meratap hiba,kebetulan pulak ada dua blogger yang post entry tentang ujian-Nya,tentang keinsafan. Aku kira ini salah satu petunjuk yang Allah S.W.T turunkan pada aku,melalui hamba-Nya yang lain. Aku tersedar,dan tersenyum bila aku baca kedua-dua blog post tu. Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengasih ya Allah. Terima kasih kerana sentiasa bersamaku,waktu aku bersama-Mu juga waktu aku melupakan-Mu. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Agung Allah S.W.T.

* Dua entry yang membangkitkan semangat aku ; 


ii) http://www.matluthfi90.com/2013/02/setahun-sudah.html

Monday, 18 February 2013

 السلام عليكم

Wee lamanya tak menulis di sini. Takde mood. Ihiks. Aku kalau nak menulis kena ada mood,baru lah banyak idea. Okayy kali ni nak share pasal selesema. Tahu selesema? Flu pon boleh lah. Aku,Ma,Angah,Montel & Adik,kami memang alergic terhadap habuk. Tapi aku teruk sikit,sebab bukan setakat habuk aku alergic. Seafood,ayam,telur semua aku alergic. So bila datang mood alergic tu,kami mesti bersin bersin bersin sampai lah selesema. Kalau bersin je takpe lagi. Ni siap bengkak mata,pipi,mulut bagai.

Aku boleh dikategorikan sebagai penghidap resdung yang agak kuat, dan mungkin juga kronik. Hidung & tekak aku sentiasa dalam keaadan tak selesa. Hidung rasa sempit,gatal,tersumbat. Tekak pulak rasa berkahak. Kat sini aku nak share sikit alternatif yang aku buat seandainya aku tak selesa tahap maksimum.



Taraa,kembali kepada sumber semulajadi. Mula-mula korang kena cari atau beli rempah ratus seperti yang di atas ni. Jangan tanya kat mana aku beli,aku pon Google je hahh gambar ni. Kulit kayu manis WAJIB ada,pada aku lah sebab aku suka bau dia & membantu kita melegakan ruang pernafasan. Again,ni teori aku semata-mata. Hihi. Okayy lepas dah ada semua,tumbuk atau blend (kalau banyak) lepas tu campurkan semua rempah ratus yang ditumbuk atau diblend halus tu dengan sebaldi kecil air panas.

Kemudian, tekup muka korang dalam baldi tu. Maksud aku korang sedut wap yang keluar tu. Nak lagi bagus,ambil sehelai tuala yang lebar,guna blanket pon takpe je kot,ihiks,tekup atas kepala korang masa korang sedut wap tu. Sebab bila korang tekup,lagi banyak wap akan terhasil. Maka hasil dia lagi awesome. In shaa Allah dengan izin-Nya, hidung korang akan rasa lapang je lepas tu. Takde gatal-gatal dah.


Kalau korang malas nak cari rempah ratus bagai (macam aku yang memang pemalas),korang boleh guna minyak tea tree macam yang kat atas ni. Aku selalu guna yang brand Aiken ni je lah. Boleh dapat kat Watson ke,Guardian ke. Farmasi biasa pon ada je aku rasa. Kalau guna yang brand lain pon takpe je kot selagi nama dia tea tree oil. Cara yang sama juga macam kat atas tadi, cuma kalau korang guna minyak ni, korang just titikkan 2 atau 3 titik dalam air panas tu & kemudian wapkan macam biasa.

Kalau lagi malas, ambil minyak cap kapak,sedut! Haha. Tapi jaga-jaga, Ma cakap boleh ketagih kalau selalu sedut minyak cap kapak. Wallahu'alam. Tu je lah aku boleh kongsi pon. Semoga tips kali ini berguna! Wassalam.

Sunday, 20 January 2013


السلام عليكم


Alhamdullillah,harini berkesempatan nak mencoret lagi. Okay haritu aku ada cakap yang aku nak tulis pasal banyak benda kan,tak tertumpu pada sesuatu perkara je. So sekarang aku nak share pasal KETUAT! Haha. Kenapa ketuat? Sebab 21 dah aku hidup,baru sekarang aku ada ketuat kat jari telunjuk belah kanan and aku sangat-sangat rasa tak selesa. Sebab aku tak suka tangan aku kotor. Aku memang jaga bab-bab tangan ni sebab kita sentuh banyak benda guna tangan kan.

So aku pun dah serabut gila pasal ketuat bagai ni. Lantas aku tanya roomate aku yang tak silap aku sem lepas dia ada ketuat kat ibu jari tapi sem ni,taraa dah hilang. Ehh lupa pulak,kalau korang nak tahu punca terjadinya ketuat, korang boleh baca kat http://infomakmal.blogspot.com/2010/12/punca-penyakit-ketuat.html . Aku malas nak tulis panjang-panjang. Hewhew. Then dia bagitau aku dia pakai plaster ketuat yang macam gambar kat bawah ni hahh :



Haa macam ni laa ghope plaster tu. Tapi yang aku beli tadi packaging dia lain sikit. Yang kat gambar ni gambar lama kot. Entah,aku pun Google je. Hihi. Okay aku beli kat Guardian,harga dia RM5.90 sepeket. Dalam tu ada 5 plaster. Plaster dia macam plaster biasa,tapi ada ring kat tengah-tengah. Ring tu function dia untuk kau tekapkan kat ketuat kau tu,lepas tu setiap 2 hari kau tukar plaster tu. Jangan lupa lap tangan kering-kering baru pakai plaster ni tau. Guna sampai 3 ke 5 plaster ke,In Shaa Allah dah hilang lah ketuat kau. Tapi roomate aku cakap bila dia dah tarik ketuat tu sampai ke akar,akan ada rasa pedih-pedih sikit sementara nak tunggu isi baru tumbuh. Berlubang lah kejap jari kau tu ye.

Paling penting,korang jangan sentuh jari lain kat jari yang ada ketuat tu sebab ketuat ni ada yang jenis berjangkit. Aku harap-harap tak lah kan! Satu ni pun aku macam suffer gila dah. So korang yang ada ketuat tu,pergi lah cari plaster ni. Semoga cepat sembuh! 

Sunday, 13 January 2013

 السلام عليكم

Alhamdulillah harini masih diberi peluang untuk bernafas lagi di bumi pinjaman-Nya ini. Semoga kita tak lelah bersujud kepada-Nya & mengejar ganjaran-Nya dunia & akhirat. Amin. Ohh by the way,harini aku ada topik nak di diskusikan. POLITIK. Lately,aku rasa sejak dua tahun yang lepas ke setahun yang lepas entah,hari-hari cerita kat berita pasal politik. Honestly,aku dah muak gila tengok berita. Masa kes #Bersih2.0 tu,memang aku tak tengok berita. Asal pukul 8 je,aku akan masuk bilik. Bukan apa,aku rasa semacam. Percaya tak aku menangis masa seminggu semua orang cerita pasal #Bersih2.0 tu?

Aku sebak gila masa tu. Satu,sebab kes melibatkan polis,yang terbalikkan kereta semua tu. Yang tu aku memang marah,sebab 80% dari keturunan aku semuanya anggota PDRM, termasuk Ma Abah aku,Mama Abah aku. Ma aku kena standby on that day. Aku ne as her anak harus lah risau kan. Thank God Ma selamat pergi & kembali. Wahh ayat kan. Dua,sebab aku rasa Malaysia dah tak aman. Kat kepala aku masa tu terbayangkan situasi di Iraq,di Palestin. Ya Allah,aku takut gila. Sampai aku buat solat hajat laa,doa semoga Allah lindungi kita semua rakyat Malaysia,doa agar Allah S.W.T tunjukkan pihak mana yang benar,pihak mana yang salah.


Tapi itu lah kan. Setakat aku sorang,baru capai umur boleh mengundi je pun,siapa nak dengar cakap or pandangan aku kan. Ohh sebelum apa-apa,aku nak cakap,aku seorang yang liberal. Aku bukan pro-kerajaan,bukan juga pro-pembangkang. Aku jenis tengok orang. Kalau aku rasa orang tu mampu jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang wakil kawasan,wakil rakyat,undi aku untuk dia. Tak kisah lah dia tu parti mana pun. Ma Abah aku pun sama. Aku tak pernah pulak tengok diorang ni tunjukkan sokongan diorang kat mana-mana pihak. Tambah-tambah Abah. Aku syak kalau Abah jadi wakil rakyat mesti ramai yang undi,sebab kepala otak dia tu ada banyak gila hujah & idea bernas. Abah cakap ada fakta,ada evidence. Kata-kata dia buat orang berfikir. Aku suka. Abah banyak kawan dari banyak parti,and dia boleh sembang kat kedai kopi dengan diorang,tapi bukan pasal politik.


Aku bukannya apa. Aku tengok anak-anak muda,belia-belia kita sekarang ni sakan berpolitik. Kadang-kadang PMR pun tak ambil lagi,tapi kalau cakap bab politik,tudiaa pom pang pom pang. Bahasa kurang ajar pulak tu. Geleng kepala aku tengok. Hmm. Aku risau,kalau kita salah pilih kerajaan,kita jadi macam negara-negara mundur yang lain. Kat Malaysia ni semua dah cukup lengkap aku rasa,even ada lah jugak lubang sini lubang sana. Pemimpin pun manusia kot. Kita semua ni bukannya maksum. Bukannya sempurna serba serbi.

Entah lah. Siapa je nak baca apa aku tulis ni. Aku ni siapa....

Thursday, 10 January 2013


السلام عليكم


Dah tak boleh bertangguh lagi. Bila dah ada niat,elok segerakan. Jom,kita solat sunat Taubat sama-sama. Niat,cara-cara nak solat,korang boleh refer kat link yang aku bagi kat bawah tu. :)

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.) - 

Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/

Wednesday, 9 January 2013

السلام عليكم


Alhamdulillah,blog baru lagi! Haha. Aku pun tak tau kenapa aku rajin sangat create new blog ni. Aku takde kerja nak buat kot. Okay tipu. Assignment aku banyak gila tak siap lagi. Bukan apa,bila aku baca blog lama aku,aku rasa semuanya benda lagha je. Hewhew. So aku harap dengan ada blog baru ni,aku dapat share sesuatu yang bermanfaat untuk semua umat manusia kat dunia ne. Dari aku dok update benda-benda mengarut mencarut kan. Thanks sebab sudi jengah sini okay? Hihi