Sunday, 12 January 2014


السلام عليكم

Alhamdulillah, bertukar colour dah blog ni. Saya bukan peminat pink, malah pernah membenci colour ini untuk tempoh hampir 20 tahun. Kenapa? Entah. Mungkin geli dengan warna yang dianggap warna kegemaran semua perempuan ni. Yelah dulu saya ni lahir je sebagai perempuan, tapi membesar dengan perangai lelaki. Bukan salah ibu mengandung. Bukan juga salah ayah yang mendidik. Salah diri sendiri yang nak jadi begitu. Maaf terpanjang pula mukadimah. Sebenarnya saya dah ada topik nak update tentang apa semalam, tapi saya terlupa. Tu lah suka sangat menangguh kan, terus lenyap dah idea tu.

Maka harini saya decide nak cakap tentang C.I.N.T.A .Apa anak-anak? Ya betul, cinta. Cinta ada banyak kategori. Cinta manusia pada Tuhannya, cinta manusia pada agamanya, cinta manusia pada ibubapanya, dan pelbagai lagi. Namun yang jadi isu dalam kalangan anak muda sebaya saya sekarang ni, adalah cinta kepada pasangan yang tidak halal. Disebabkan dah terlalu ramai manusia terjebak, maka perkara ini dah jadi biasa pada pandangan masyarakat. Malah ada yang tak segan silu memuji pasangan bukan halal ni contohnya seperti "Sweetnya uolss", "Semoga bahagia till Jannah" dan sebagainya.

Jujur, sebagai seorang manusia yang serba-serbinya tidak sempurna, yang mana berstatus pendosa tanpa nokhtah, saya pernah terjebak dengan hal ini. Bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali-berkali! Allahurabbi, betapa jahilnya saya yang dulu (mungkin juga masih ada baki-baki jahil tu sekarang). Bercinta masa zaman sekolah atas dasar suka-suka, itu biasa (pada pandangan manusia jahil seperti saya). Sekadar nak berteman, nak bersuka ria. Tapi sampai satu tahap, bila usia dah meningkat, cinta tu dah jadi sesuatu yang serius. Macam mana maksudnya? Okay pada saya, bercinta di usia 20-an bukan masanya untuk main-main lagi. Kena serius. Bercinta untuk kahwin, bukan untuk berhuhahuha. Tapi tanpa disedari, walaupun bercinta dengan niat untuk berkahwin tu bagus (as for me ada matlamat tu bagus lah kan) sebenarnya tetap berdosa. Sebab apa? Sebab menghampiri zina.

Bercinta tak salah, selagi mengikut syarak. Macam mana tu? Allahu bab hukum ni orang yang betul-betul mahir sebab kalau kita nak cerita bab hukum kita kena letakkan diri kita antara Syurga dengan NerakaNya. Salah bagi hukum jatuh dosa Nauzubillahminzalik. So bab hukum tu elok lah tanya Ustaz Ustazah kalian ke siapa. Saya ni setakat hamba yang hina je. Serius, untuk cinta yang di usia 20-an ni, target saya tinggi. Saya selalu berdoa agar hubungan kami akan berakhir dengan ikatan yang halal, dan berkekalan sampai syurga. Kenapa? Sebab pada saya, dia lelaki yang baik. Yang tersangat baik serba serbinya. Hampir sempurna dia di mata saya, walaupun dia kerap kali marah bila saya hamburkan pujian. 

Kami berkawan tahun 2010, pada hari kelahiran saya yang ke-18. Bermula sebagai kawan baik, yang akhirnya terjebak dengan hubungan cinta selepas 2 tahun perkenalan. Kami tak berjumpa, tak berdating, tak bersentuhan, tapi hubungan kami banyak dihiasi dengan perkara lagha. Bertexting yang sweet-sweet kononnya, bergayut 2,3 jam di telefon. Walaupun kami saling mengingatkan tanggungjawab kami kepada keluarga, pelajaran, dan kepada Allah khususnya, saling menegur mana yang salah, kami tetap melakukan dosa kecil, tanpa kami sedar. Mungkin Allah sayangkan kami, lagi 3 bulan genap 2 tahun hubungan tidak halal kami, Allah seolah-olah memberi peringatan pada dia, dan juga pada saya pastinya.

Saya nekad untuk memutuskan hubungan kami, walaupun semakin hari kami semakin bahagia. Dan Alhamdulillah, dia terima dengan hati yang terbuka, malahan dia sangat bangga, kerana kami berpisah untuk sama-sama mencari redhaNya. Allahurabbi. Jujurnya, sejak mula-mula kenal, dia lagi kuat dari saya. Dia terpaling menjaga hari saya, melebihi hatinya sendiri. Walaupun saya yang putuskan hubungan kami, sampai hari ini, hati masih mencuba untuk melupakan. Sedangkan dia, Alhamdulillah tenang setenangnya. Kadang-kadang terasa juga, kami cuma putus sebagai pasangan bercinta, tapi tetap BFF sampai bila-bila. Kenapa dia dah tak tanya khabar? Tak bertegur di alam maya? Sebenarnya dia nak jaga ikhtilat, dan juga hati saya. Saya tahu dia dah tak tegur saya sebab dia nak tolong saya untuk lupakan dia. Dia tahu kalau dia masih bertegur macam biasa, saya berat hati nak lupakan dia. Sampai saat ni, dia masih nak jaga hati saya. Allahuakhbar.

Saya tahu, Allah bagi hint macam ni ada sebabnya. Mungkin betul dia jodoh saya, maka Allah taknak kami leka. Takkan nak bercinta dalam tempoh yang lama sebelum halal hubungannya kan? Sebab mustahil kami akan berkahwin dalam masa terdekat. Dan mungkin juga dia bukan jodoh saya, maka Allah minta kami bersedia untuk bersama dengan jodoh kurniaanNya nanti. Tapi apa yang boleh saya katakan, saya tak pernah rasa kosong, rasa sunyi sejak berpisah. Malahan saya rasa tenang sangat. Saya punya banyak masa untuk bersujud padaNya. Banyak peluang untuk saya fahami kitabNya. Saya makin rapat dengan Ma, walaupun asalnya kami memang sedia rapat. Saya makin rajin cari jawapan untuk persoalan agama yang selama ni saya lebih suka untuk mengendahkan. Saya makin fokus terhadap pelajaran yang kian hari kian mencabar fikiran. Allahuakhbar. Dalam satu dugaan yang Allah tutunkan pada saya, Dia selitkan juga 1001 hikmah. 

Semakin hari saya semakin mencuba untuk menjadi yang terbaik. Bukan untuk berbangga dengan manusia, tapi semuanya Lillahi Taa'la. Sama macam orang lain, saya berubah untuk kejar ganjaranNya. Dalam masa yang sama, saya mengharapkan Dia kurniakan bakal Imam yang baik untuk saya, sebab saya percaya, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya". Saya letakkan keyakinan saya kepadaNya, kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Dia dah atur perjalanan hidup saya. Saya cuma perlu follow the flow, dan terus istiqamah. Semoga kita saling mendoakan. Wallahu'alam. 

Wednesday, 8 January 2014

السلام عليكم

Semalam saya ada tengok iklan, tour band #OhChentaKu a.k.a #OCK kat Penang. Kat Perda kot! Saya dah lah memang #Younghearts (gelaran untuk peminat #OCK)! Lama dah teringin nak tengok perfomance diorang secara live. Haritu tak boleh pergi, sempat kirim baju dekat member je. So sekarang peluang depan mata, dekat gila dengan rumah, mesti lah nak pergi kan!

Dalam-dalam excited nak pergi tu, tetiba terfikir. Macam yang semua orang tahu, saya dalam proses untuk jadi seorang muslimah yang lebih baik, sama ada dari segi perangai juga pakaian. Saya renung diri saya. Saya pakai baju besar-besar, tudung labuh-labuh, nak pergi tengok gig?! Tapi saya minat. Aduh, saya jadi keliru. Betul, gig ni lagha, bercampur lelaki perempuan. Tapi kalau jaga adab, tak salah kot? (pada saya yang jahil ni lah).

So untuk mengelakkan diri saya dibelenggu rasa was-was, saya tanya Ustaz di kolej saya. Kebetulan ada kelas dengan dia harini. Dia kata macam ni haa ;

" Kalau ikut saya, saya ni seorang yang flexible. Betul, pendapat ulama' ada mengatakan tak boleh, yelah benda lagha kan. Tapi pada saya, kalau awak pergi, awak bercampur sekelompok cuma dengan jantina sejenis awak, tiada persentuhan berlaku, awak takde lompat-lompat, tak menjerit-jerit, sekadar nak hiburkan diri, takde masalah. Cuma pesan saya, jangan sebab seronok sangat, solat awak tinggal. Jaga batas sama."

Haa leganya dengar. So boleh pergi gig tu nanti! Cuma tengah fikir pakaian macam mana ni. Yang pasti, saya takkan korbankan agama saya demi kesukaan saya. Wallahu'alam.

Saturday, 4 January 2014

السلام عليكم

Masya Allah,dah lama sangat tak menulis kat sini rupanya. Biasalah, lagi suka menulis di blog yang membincangkan hal-hal lagha daripada ilmu yang boleh dimanfaat bersama. Allah.. Alhamdulillah harini teringat pasal blog ni dan in shaa Allah, lepas ni akan berkongsi cerita-cerita yang lebih bermanfaat & bawa faedah kepada semua orang. Mudah sebenarnya nak buat pahala, sebarkan benda yang baik-baik. Kan? Nak buat dosa pun mudah juga melalui media sosial ni. So sama-sama kita jaga apa yang harus kita jaga. Wallahualam :)